MNC Vision

MNC Vision
JenisTV satelit berbayar
Negara
Moto"Pay TV Keluarga Indonesia"
PemilikPT Media Nusantara Citra Tbk
Orang penting
Ade Tjendra (Direktur utama)
Hari Susanto (Komisaris utama)
Tarikh pelancaran
8 Ogos 1988[1]
Nama lama
Indovision
Ahli gabunganRCTI
MNCTV
GTV
iNews
KumpulanMNC Media
Laman sesawang
www.mncvision.id

MNC Vision (mulanya disebut Indovision) merupakan sebuah stesen televisyen satelit berlangganan yang diselenggarakan oleh PT Media Nusantara Citra Skyvision (sebelumnya bernama PT Matahari Lintas Cakrawala). Syarikat yang didirikan pada tanggal 8 Ogos 1988 ini mula memasarkan produk perkhidmatannya pada awal tahun 1994 dan bertanggung jawab atas pemasaran program pengelolaan serta pelayanan kepada pelanggan.

Pada mulanya Indovision menggunakan perkhidmatan satelit Palapa C-2 untuk menggunakan transponder dan sistem penyiaran serta menggunakan analog dengan frekuensi C-Band.

Namun, kemudian dirancanglah projek pembuatan dan peluncuran satelit Indostar-1 atau yang kini lebih dikenal dengan nama "Cakerawarta-1" yang khusus menggunakan frekuensi S-Band yang lebih tahan terhadap perubahan cuaca, sesuai dengan keadaan daerah tropika pada umumnya serta memiliki jejak jangkawan (footprint) ke seluruh wilayah Indonesia. Adapun yang bertanggung mengelola dan mengoperasikan satelit tersebut adalah PT Media Citra Indostar yang didirikan pada 22 Julai 1991. Dengan satelit ini, dapat memberikan layanan pengagihan tayangan saluran-saluran televisyen berbayar tempatan dan luar negara melalui Indovision yang disajikan kepada para pelanggan di Indonesia dengan menggunakan penyahkod dan antena parabola mini berukuran diameter 80 cm.

Pada tahun 1997, Indovision melakukan pembaharuan dengan mengubah isyarat penayangannya dari analog menjadi digital. Pembaharuan ini dapat meningkatkan kualiti penerimaan gambar mahupun suara bagi pelanggannya.

Baik MNC SkyVision maupun Media Citra Indostar berada dalam kelompok usaha Media Nusantara Citra, yang bernaung di bawah sebuah induk perusahaan bernama Global Mediacom.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search